POLISI

POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

  1. E-Kad Kahwin hanya akan melakukan proses merekebentuk(design) selepas borang tempahan sudah di hantar dengan lengkap dan bayaran pendahuluan dibuat.
  2. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan dan baki bayaran telah dibayar.
  3. E-Kad Kahwin tidak akan bertanggung jawab ke atas barang cetakan sekiranya didapati terdapat kesilapan ejaan atau perkara-perkara lain selepas pengesahan design dibuat.
  4. Pihak E-Kad Kahwin berhak untuk membuat pembatalan kepada mana-mana tempahan pada bila-bila masa sekiranya didapati pelanggan gagal untuk memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Pembayaran balik deposit akan diberikan mengikut budi bicara pihak E-Kad Kahwin.
  5. E-Kad Kahwin berhak untuk tidak menerima tempahan dari pelanggan yang gagal mematuhi syarat yang dikenakan oleh E-Kad Kahwin.
  6. Tempoh untuk siapkan pakej kad kahwin ialah selama 12 hari bekerja Isnin – Jumaat. Walaubagaimanapun tempoh tempahan mungkin akan lewat sekiranya pelanggan 1) gagal memberikan maklumat yang lengkap secepat mungkin 2) pelanggan gagal ‘finalize’ design secepat mungkin 3) perubahan pada design asal seperti penukaran warna/pertambahan logo dll 4) custom made design.

POLISI PENGUBAHSUAIAN REKA BENTUK(DESIGN)

  1. Reka bentuk sedia ada (Readymade Design) yang telah disediakan oleh E-Kad Kahwin adalah percuma untuk digunakan.
  2. Jika pelanggan mahukan pihak E-Kad Kahwin melakukan reka bentuk mengikut cita rasa sendiri(Custom Made Design), E-Kad Kahwin mengenakan caj RM 60 untuk satu design.
  3. Reka bentuk yang telah disiapkan oleh pelanggan sendiri tetapi memerlukan bantuan pihak E-Kad Kahwin untuk melakukan pindahan ke photoshop atau sebagainya akan dikenakan caj RM 25.
  4. Sekiranya pelanggan ingin melakukan pertukaran warna, pelanggan harus menyatakan HEX codewarna atau CMYk warna code. Tiada caj tambahan dikenakan untuk pertukaran warna untuk pertama kalinya. Untuk pertukaran kali kedua atau kembali ke warna asal, akan dikenakan caj RM 15 untuk sekali tukar. Pelanggan boleh rujuk laman sesawang ini untuk mengetahui kod warna http://www.december.com/html/spec/colorcmyk.html.
  5. Dua fail gambar untuk diletakkan adalah percuma manakala gambar ke-3 dan seterusnya akan dikenakan caj RM10 untuk setiap satu fail gambar. (banner, banting dan lain-lain)
  6. Perubahan pada reka bentuk(design) adalah percuma untuk tiga (3) kali sahaja. Perubahan untuk kali ke empat (4) akan dikenakan caj RM 10 untuk setiap satu perubahan.
  7. Untuk perubahan pada tulisan, nama jenis tulisan tersebut harus diberikan.
  8. Pelanggan yang mahu meletakkan gambar kartun atau ikon perlulah menyediakan sendiri bahan tersebut. Sekiranya tiada, E-Kad Kahwin akan kenakan caj RM 20 untuk setiap satu fail gambar kartun/ ikon.
  9. Jika pelanggan mahukan latar belakang(background) yang lain dari yang disediakan E-Kad Kahwin, pelanggan perlu menyediakan sendiri gambar background tersebut. Sekiranya tiada E-Kad Kahwin akan kenakan caj RM 20 untuk setiap satu gambar latar belakang yang perlu disediakan. Gambar yang diberi pelanggan perlu beresolusi tinggi sekurang-kurangnya 5MB dan ke atas.
  10. Jika peta telah siap dibuat dan pelanggan mahukan penukaran, pihak kami akan kenakan caj sebanyak RM 15 untuk setiap 1 peta.
  11. Sekiranya pelanggan tidak dapat memberikan draf peta yang jelas atau peta yang diberikan kepada E-Kad Kahwin adalah berbentuk Google Map/ Waze, pihak kami akan mengenakan cas RM 20 untuk setiap satu peta.
  12. Jika pelanggan mahukan softcopy kad, kami akan berikan secara percuma (tidak sah sekiranya pelanggan membatalkan tempahan).
  13. Jika pelanggan mahukan file asal bagi tujuan pengubahsuaian sendiri (fail .ai , .psd dll), E-Kad Kahwin akan kenakan bayaran sebanyak RM 250 untuk satu rekabentuk yang diberikan.
  14. Jika design sudah siap direka oleh designer dan pelanggan mahu tukar design lain,, pelanggan perlu membayar RM 30 untuk kad sekeping manakala RM 45 untuk kad lipat.
  15. Setiap kad/ barang yang dicetak oleh E-Kad Kahwin akan tertera Logo trademark E-Kad Kahwin. Sekiranya pelanggan mahu membuang sebarang trademark/logo E-Kad Kahwin, pihak E-Kad Kahwin akan mengenakan cas RM 50 sahaja pada setiap satu trademark yang dibuang.

SYARAT UNTUK MELETAK GAMBAR

  1. Hanya gambar yang beresolusi tinggi diterima bagi mengekalkan kualiti cetakan. Gunakan gambar yang bersaiz sekurang-kurangnya 5MB.
  2. E-Kad Kahwin tidak akan bertanggungjawab sekiranya gambar yang dicetak pecah disebabkan gambar yang diberi berkualiti rendah.
  3. Hanya gambar yang menutup aurat dengan sempurna akan diterima.
  4.  Dua fail gambar untuk diletakkan adalah percuma manakala gambar ke-3 dan seterusnya akan dikenakan caj RM10 untuk setiap satu fail gambar. (banner, banting dan lain-lain)
  5. Untuk khidmat buang latar belakang di dalam gambar, caj bermula RM 20 dan ke atas akan dikenakan mengikut kesukaran kerja membuang latar belakang gambar.
  6. Semua gambar perlu di hantar ke email kami mcafiq@gmail.com. Gambar TIDAK BOLEH dihantar melalui WhatsApp kerana kualiti gambar akan berkurang.

POLISI REFUND/REPRINT

  1. Jika pelanggan sudah membuat semakan terakhir reka bentuk dan terdapat kesilapan setelah melakukan cetakan maka pihak E-Kad Kahwin tidak akan bertanggungjawab.
  2. Tempahan yang telah siap dicetak tidak boleh dipulangkan wang kembali kepada pelanggan.
  3. Reka bentuk yang telah siap direka dan pelanggan ingin membatalkan tempahan, maka wang pendahuluan tidak akan dikembalikan.
  4. Jika reka bentuk belum lagi di reka dan pelanggan ingin membatalkannya, maka wang pendahuluan akan dikembalikan.

POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT

  1. Pembayaran boleh dilakukan secara deposit RM100 atau 50% deposit atau bayaran penuh.
  2. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat.
  3. Tempahan akan dihantar untuk dicetak selepas pihak E-Kad Kahwin menerima bayaran penuh.

POLISI PENGHANTARAN

  1. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak akan dilakukan melalui syarikat kurier KTMD Berhad atau Pos Malaysia atau ABX Express.
  2. Caj penghantaran untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat)
  3. Nombor tracking akan diberikan kepada pelanggan melalui sms.
  4. Tempoh penghantaran berbeza mengikut destinasi dan pilihan pemposan. Untuk Semenanjung Malaysia 1-3 hari bekerja(boleh berubah) manakala untuk pemposan ke Sabah dan Sarawak bermula 3 hari (Pos Laju, Pos Malaysia Udara) atau 2 minggu (ABX Express, KTMD) atau 1 bulan (Pos Malaysia Darat). Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan mahu menukar jenis penghantaran.
  5. Kami tidak akan menggunakan sebarang syarikat penghantaran lain yang diminta oleh pelanggan selain dari syarikat yang dinyatakan ini sahaja.
  6. Penghantaran barang kepada pelanggan akan dibuat 3 hari seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu setiap minggu. Sekiranya barang baru siap cetak pada petang hari penghantaran, barang akan di pos pada hari penjadualan berikutnya.